Selamat Hari Lahir anakku...
Moga kamu kan menjadi putera Islam sejati....
Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulallah SAW maksudnya:
"Wahai Rasulallah, beritahukan kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam Syurga & menjauhkanku daripada neraka."
Nabi SAW menjawab:
"Engkau bertanya tentang perkara yang besar. Namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah & jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan & kerjakanlah ibadah haji di Baitullah."
Kemudian Baginda bersabda:
"Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu adalah sebahagian daripada perisai, sedekah adalah amal yang akan menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam."
Kemudian Baginda SAW membaca ayat pada Surah as-Sajdah, ayat 16-17:
"Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan solat Tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorangpun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan"
Kemudian Baginda bersabda:
"Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang & puncaknya"
Saya menjawab:
"Mahu wahai Rasulallah SAW"
Rasulallah SAW bersabda:
"Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat & puncaknya adalah jihad"
Kemudian Baginda bersabda:
"Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?"
Saya menjawab:
"Mahu, wahai Rasulallh"
Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda:
"Jagalah ini"
Saya berkata:
"Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?"
Baginda bersabda:
"Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Bukankah tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?"
~Riwayat Ahamd & al-Tirmizi~
Muadz anakku,
Ingatlah bahawa Allah SWT telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu meninggalkannya, Dan telah menentukan beberapa hudud (batas), maka jangan pula kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka jangan kamu melanggarinya. Dia juga telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah pula kamu mempersoalkannya....
Muadz sayangku...
Moga dirimu mempunyai hati yang sentiasa dekat dengan Sang Pencipta. Ketahuilah bahawa jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu untuk mencapai kemenangan & meneguhkan pendirian kamu. Doa ibu sentiasa mengiringi perjalananmu....
No comments:
Post a Comment