Tuesday, October 4, 2011

Tarbiah Anak

"Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan & sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya." (Al-Sayyid Sabiq)


Takrif ini lebih komprehensif memandangkan kombinasi beberapa perkara penting antaranya:

  • Kepentingan hubungan sesama manusia.
  • Kepentingan kedudukannya dalam masyarakat.
  • Aspek-aspek luaran & dalaman.
Proses pentarbiahan sebenarnya adalah proses yang bermula semenjak kanak-kanak itu dilahirkan berlanjutan sampailah ke akhir hayatnya. Usaha menekankan tarbiah itu pada peringkat kanak-kanak dilakukan kerana pada peringkat umur itu mereka lebih bersedia dan senang menerima pengajaran. Semua itu menunjukkan betapa Islam menghormati anak itu dan cuba menjadikannya mulia.


Kisah Saidina Umar & hak seorang anak Islam

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan anaknya lalu Saidina Umar r.a memanggil anaknya & mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka kepada ibu & bapa. Si anak tadi bertanya  Saidina Umar :
"Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibu bapanya?"
Jawab Umar: "Ya!"
Anak itu bertanya : "Apakah dia hak-hak mereka?"
Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah: 
"Hendaklah di bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya & mengajarnya Al-Quran"
Si anak terus menjawab selepas itu: 
"Dia tidak membuat satupun dari tiga perkara itu. Yang pertama dia tidak memilih isteri yang baik sebagai ibuku, Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tidak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran."
Saidina Umar pun berkata: 
"Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu....kamu telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu."
(dipetik dari buku Anakku Hebat Anakku Soleh - Zahazan Mohamed)


Sesungguhnya anak-anak adalah barang yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas iman kepada Allah & Rasul-Nya. Itulah sebabnya seseorang yang mendidik anak-anaknya dengan baik sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya kepada Tuhan & dirinya. Anak-anak adalah faktor yang mendekatkan diri kepada Allah & Rahmat-Nya. 

Institusi ummah bermula dari rumah...

2 comments:

  1. ibarat kuih,cantik dan menarik mengikut acuannya.
    Begitu juga anak-anak,jika baik acuanya baiklah juga hasilnya,ibubapa adalah acuannya,berpandukan resepi dari Al Quran dan Sunnah.

    ReplyDelete
  2. benar Makbonda...sangat memohon bantu Allah dalam usaha ini...

    ReplyDelete