Tuesday, March 20, 2012

Selamat Hari Lahir Anakku

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 5 anakku, Muhammad Umar Al Faruq bin Sidik Al Amini.
 Moga dipanjangkan umur & hidupmu sentiasa dalam keberkatan.


Anakku,
Bersahabatlah dengan orang-orang bijaksana & redhalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu akan jadi bijaksana.
Bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain & duduklah dengan ahli-ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan dalam diri rasa khusyuk.
Manfaatkanlah apa yang Allah ajarkan kepadamu. Seorang alim tidak sama dengan seorang yang jahil. Dan sebaik-baik ilmu ialah yang memberi manfaat & sebaik-baik ilmu adalah yang diikuti. Allah memanfaatkan ilmu bagi yang mengikutinya...



Doa ibu sentiasa mengiring perjalananmu....