Doa bukan sahaja satu ibadat malah ia merupakan pernyataan seorang hamba kepada Allah SWT akan kelemahan dirinya dan merupakan satu penzahiran sifat kehambaan kepada-Nya.
Sabda Rasulallah SAW maksudnya:
"Sesiapa yang tidak memohon (meminta) kepada Allah, Dia (Allah) murka kepadanya."
[Hadith Riwayat at-Tirmidzi]
Ini kerana orang yang meninggalkan doa itu dikatakan sebagai sombong, takbur & tidak memerlukan-Nya.
Berkata Abu Hurairah RA bahawa:
"Sebakhil-bakhil manusia adalah siapa yang bakhil memberi salam, dan selemah-lemah manusia adalah siapa yang lemah (malas) untuk berdoa."
[Riwayat Abu Ya'la]
Ameen Ya Allah.
ReplyDelete