Apabila Ramadhan tiba, Rasulallah SAW bersabda: "Telah tiba bulan Ramadhan, bulan penuh berkat. Allah mewajibkan berpuasa padanya. Akan dibukakan padanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan turut dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mendapatkan kebaikan bulan ini, sungguh ia telah rugi." (Riwayat al-Nasa'i)
Aisyah pernah bertanya kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulallah, jika aku mengetahui bahawa suatu malam itu adalah lailatulqadar, apa yang mesti aku ucapkan padanya?. Baginda menjawab: 'ucapkanlah:
(Riwayat al-Tirmizi)
Marilah kita mohon pada Allah, agar diampunkan segala dosa kita, dan kita terus diberikan kekuatan untuk mengabdikan diri kepada-Nya.
Moga Allah mengangkat segala bala dan peperangan daripada kaum Muslimin di serata dunia.
Semoga Allah menerima amalanku juga amalan kamu dan mempertemukan kita dengan malam lailatulqadar walau hanya sekali seumur hidup. Kami mohon ya Allah...
Tuesday, July 30, 2013
Monday, May 20, 2013
Doa Untuk Kesucian Diri & Kekayaan.
Kekayaan..
Menjadi sesuatu yang dihajatkan setiap insan. Namun hakikat kekayaan bukan sahaja pada harta benda, tetapi kekayaan jiwa itulah yang lebih baik & utama.
Berkata Imam Syafie tentang hakikat kekayaan seperti yang dinyatakan dalam dalam satu rangkap sajak berbunyi:
Jiwa tertekan kerana kemiskinan,
Sedang kemiskinan lebih baik daripada kaya yang merosakkan,
Kaya yang sebenarnya ialah kaya jiwa,
kalau tidak...
Segala harta dunia tidak akan mampu memenuhi kehendaknya.
(Petikan dari Diwan al-Syafie)
Ali bin Abi Thalib pernah berkata:
"Wahai anak Adam. Dan janganlah engkau gembira dengan kekayaan. Dan jangan berputus asa dengan kefakiran. Jangan bersedih dengan musibah, dan jangan bersuka cita dengan kesenangan. Sesungguhnya emas itu dilebur dengan api, sedangkan hamba yang soleh itu dilebur dosanya dengan musibah."
Justeru, kita dituntut bermohon kepada Allah untuk mempunyai kesucian diri & kekayaan yang bermanfaat.
"Ya ALLAH, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu pimpinan, pemeliharaan, perlindungan & kecukupan." [Riwayat Imam Ahmad, Muslim & Tirmizi]
Thursday, January 24, 2013
Kelahiran Yang Dinanti
Alhamdulillah, bersyukur pada Tuhan yang memberi rezeki. Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Tanggal 1 Muharran 1434 Hijrah, jam 540 pagi bersamaan 15 Nov 2012 telah lahir seorang puteri amanah buat kami. Maryam Jameelah binti Sidik Al Amini itulah nama yang diberi. Mendoakan moga anakanda ini menjadi wanita solehah yang dapat berbakti kepada ummah.
Terima kasih buat insan yang mendoakan & sama-sama bergembira atas kelahiran ini.
Satu kisah ketika Rasulallah SAW dilahirkan, Thuwaibah telah menyatakan kegembiraan atas kelahiran itu kepada Abu Lahab yang pada ketika itu merupakan majikannya. Thuwaibah berkata;
"Telah lahir seorang lelaki daripada Abdullah."
Maka bagi melahirkan perkongsian rasa gembira, Abu Lahab dengan serta-merta memerdekakan hambanya.
Antara ucapan yang boleh diungkapkan sebagai tanda ucapan tahniah adalah seperti berikut:-
(sumber doa dipetik dari buku Diari Hamil keluaran Telaga Biru)
Buat anakanda Maryam Jameelah binti Sidik Al Amini,
"Semoga Allah menjadikanmu anak yang diberkati atas kami & atas umat Muhammad SAW"
Subscribe to:
Posts (Atom)